Barah merupakan antara kumpulan
penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat
asalnya. Tahukah anda bahawa setiap organ
pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel? Pada
kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian
dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang
individu.
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya akan menghasilkan lebihan tisu. Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan. Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah). Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini.

Barah payudara adalah merupakan
ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari
bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi
kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang
berhampiran. Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya
daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem
perlimpahan (Lymphatic system). Inilah juga cara serta kaedah penyakit
barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.
Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).

Apa yang kita tahu hanyalah faktor
risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara
yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya,
merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap
sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko
berbeza. Seorang wanita seharusnya mengetahui dan memahami apakah
faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Kami belum lagi dapat memahami
mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga
(pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko
pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan
penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada
kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini.
Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak
ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi
tanda tanya.
Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara
Penyebab
utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih
daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa
faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar.
Keutamaan
telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab
telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor
risiko kanser payudara?
Faktor-faktor
risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi
menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi
klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak
mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor
risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat.
Pesanan utama
1. Mengetahui
faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan
saringan.
2. Sekiranya
anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda selamat. Ramai
wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat keluarga atau mempunyai
faktor-faktor risiko
3. Kanser
payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan
rawatan sebelum kanser itu merebak
Faktor–faktor yang dikenal pasti
Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti
Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita)
Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara.
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara.
Perbezaan
geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika.
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika.
Riwayat
kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda
Riwayat
keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara.

Untuk
lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak
lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang
menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan
60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi
kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui.
Hanya
5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik.
Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen
BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat
sebanyak 85%
Gen
BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang
berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat munculnya
kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana
beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati
pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1
di mana saudaranya tidak menghidapi kanser payudara.
Sindrom
Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan
dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan
tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal.
Adanya
riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen.

Jumlah
anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu.

Pendedahan
radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku
Pendedahan
kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko
radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom
atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang
pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan
lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan
penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga
2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik
Status
socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan
Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda.

Saiz
tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi
Pil
perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali.

Keputusan
untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai
manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin
menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala
putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.
Kanser
payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak.
Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser
dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan
THG perlu dikaji dengan teliti.
Penggunaan
THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi
risikonya.
Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?
Bagi ramai wanita, kanser payudara
dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat
tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.
Untuk mereka yang dikesan pada tahap
yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun
simptom payudara.
Payudara
- Perubahan saiz dan rupa
- Lekuk pada kulit
- Ketulan atau penebalan
Perhatikan bahawa payudara kanan (disebelah kiri dalam gambar ini ) kelihatan lebih besar daripada yang kiri, mempunyai rupa bentuk yang berbeza dan mengandungi satu ketumbuhan di bahagian atas payudara kanan. Puting kelihatan menurun jika dibanding dengan yang kiri.
Puting
- Puting berdarah (jarang berlaku)
- Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
- Puting tertarik ke dalam
- Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
- Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
- Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
- Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
- Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.
Payudara kiri (disebelah kanan
gambar ini ) menunjukkan puting tertarik ke dalam jika dibandingkan dengan
payudara kanan. Terdapat juga kemerahan kulit ditepi puting kiri.
Lengan
- Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak
Rasa Sakit
- Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi
tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan
pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya.
Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala
kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit
sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik
yang tidak mudarat.
Kelainan Dalam
Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia
Perbincangan mengenai gejala dan
tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai
penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser
payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.
Disepanjang hayat, seorang
wanita akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk
perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak
mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau
lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya.
Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90%
ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.
Semasa umur antara 15-25 tahun,
ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada
berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih
daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang
besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi
remaja).
Semasa umur antara 25-40 tahun,
terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan
berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat
dirasa dengan jelas dan terasing.
Semasa umur antara 35-55 tahun,
mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis
di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga
boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau
menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.
No comments:
Post a Comment