Thursday, April 12, 2012



Frequently Asked Question (FAQ) 
Q - Boleh ker saya memakai Premium Beautiful setiap hari?
A - Pemakaian secara disiplin dan konsisten setiap hari adalah sangat-sangat digalakkan. Ianya direka selesa dengan kulit untuk pemakaian seharian. Basuhan seharian juga tiada halangan kerana kainnya yang unik dan cepat kering (3-4 jam) dah kering di bawah aliran kipas.

Q - Tidakkah ianya kelihatan timbul dari luar? (visible under clothing)
A-  Ianya hampir tidak kelihatan. Sebaliknya kesan pemakaiannya menyerlahkan lagi keaslian bentuk badan kita. Badan kita kelihatan kemas, apabila berjalan tiada lagi 'goyang'. Bye-bye kepada geleber yang hodoh!

Q - Adakah payudara akan kelihatan berbeza bentuk dan saiz apabila memakainya?
A - Ya dan tidak bergantung pada saiz bra yang dipilih. Walaubagaimanapun anda akan mendapat ukuran sendiri dan tiada lagi masalah tersalah saiz bra!

Q - Adakah PB ini sesuai dipakai oleh kaum Adam?
A - Ya tiada masalah langsung bagi kaum Adam yang bermasalah kebuncitan atau sakit belakang (slip disc) memakainya. Penggunaan bagi kaum Adam adalah terhad kepada pemakaiain bengkung atau waist nipper sahaja ya.

Q - Adakah PB akan menyebabkan rasa sengkak dan tidak selesa?
A - Masalah tidak selesa atau sengkak tidak akan timbul lagi kerana bagi setiap individu, anda akan diukur terlebih dahulu. Terdapat 4 bahagian badan yang akan diukur bagi menentukan size Bra, Bengkung dan Girdle. PB ini bukanlah seperti set corset biasa yang bersifat '1 size for all'. Jadi anda tidak akan mengalami masalah ketat atau sengkak dengan ukuran yang betul

Q - Adakah Premium Beautiful ini sesuai bagi yang berusia muda sahaja?
A - Ianya adalah sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja kerana fungsi utamanya adalah bagi menjaga kesihatan, disamping membentuk kontur tubuh badan. Sebaiknya di pakai di usia muda lagi bagi mencegah masalah-masalah kesihatan wanita yang selalu timbul apabila usia meningkat 40-an.

Sebarang pertanyaan sila emailkan kepada saya siticorset@yahoo.com


Fakta mengenai Corset Terapi Premium Beautiful

  • Set pakaian dalam premium Beautiful yang terdiri daripada coli panjang, bengkung dan seluar pendek.
  • Set Premium Beautiful diperbuat daripada 32 lapisan fabric AKWATEK dan AKWADYE yang sebati dengan air, disulam tenun dengan bahan yang mengeluarkan Gelombang Infra Merah Jauh (Far Infrared Ray) hasil gabungan kepakaran teknologi Jepun dan Jerman.
  • Ia amat baik untuk melancarkan perjalanan darah serta penghantaran nutrient ke seluruh badan dan pengeluaran bahan buangan yang lebih efisien.
  • Set pakaian ini diiktiraf oleh Persatuan Pakar Tulang Belakang di Amerika Syarikat.

Hebatnya..kesan sinaran FIR keatas rahim & vagina anda!!!



  • Dapat membantu dan mengemaskan kembali rahim yang jatuh pada kedudukkan yang asal. Ia amat sesuai bagi ibu-ibu yang bru lepas bersalin (berpantang).
  • Ia dapat membantu merawat keputihan yang terlalu banyak dan bau tidak menyenangkan.
  • Membantu merawat masalah perjalanan haid yang tidak teratur.
  • Membantu mengetatkan dinding vagina anda untuk keharmonian suami isteri.
  • Memberi kelembapan pada vagina lebih elastic.
  • Membantu cairan semulajadi pada faraj tanpa terlalu berair yang menyebabkan faraj longgar.

DAPATKAN CORSET DR TWINS SELLER YG SAH & BERPENGALAMAN
PENGHANTARAN PERCUMA
MASA PENGHANTARAN 24 HOURS SELURUH MALAYSIA
DEMO & TUNJUK AJAR CARA PAKAI SECARA PERCUMA
KEPUASAN CORSET TERAPI PREMIUM BEAUTIFUL 100% DIJAMIN..!

Sebarang cadangan&comment sila tinggalkan d post comment yer dan Admin hargai segala cadangan dan comment anda.. Admin Twins akan reply dgn segera..

atau
hubungi admin:
tel:
 0124170029 (salwa)
 0175741931 (twins)
email:
siticorset@yahoo.com
add fb:
 salwawa
ct twins


IMPIAN WANITA UNTUK…

Pembentukkan mengekalkan kontur badan secara fizikal.
Membantu menghindari, merawat dan memulihkan kualiti kesihatan dalam bentuk rawatan alternative 
(terapi berbentuk FIR).
Membentuk semula, memulih dan meningkatkan tahap keberkesanan dan keharmonian hubungan suami isteri.


Mengenali Barah Payudara 

Barah merupakan antara kumpulan penyakit yang terjadi daripada tindakan sel yang bertindak di luar tabiat asalnya.  Tahukah anda bahawa setiap organ pada tubuh badan kita terbentuk daripada pelbagai jenis sel?  Pada kelumrahan serta sifat sedia asalnya, sel-sel ini akan membuat pembahagian dengan kadar yang terkawal serta dihasilkan mengikut keperluan tubuh seseorang individu. 
Apabila kadar penghasilan sel melebihi keperluan, ianya  akan menghasilkan lebihan tisu.  Lebihan tisu ini jugalah yang dikenali sebagai ketumbuhan.  Ketumbuhan ini boleh dibahagikan kepada dua jenis ketumbuhan iaitu benign(tumor bukan barah) dan malignan(tumor jenis barah).  Jenis ketumbuhan yang pertama iaitu benign adalah merupakan ketumbuhan yang tidak membahayakan nyawa para penghidapnya. Hampir 80 peratus daripada para pengidap ketumbuhan payudara adalah dari kalangan mereka yang mengalami ketumbuhan jenis ini. 
Barah payudara adalah merupakan ketumbuhan malignan yang terjadi daripada tindakan sel yang bermula dari bahagian payudara. Ianya berkembang melalui proses pembahagian yang melebihi kadar keperluan organ serta seterusnya menyerang organ serta tisu-tisu yang berhampiran.  Sel-sel barah ini juga mampu untuk membebaskan dirinya daripada ketumbuhan asal sekaligus memasuki saluran darah serta sistem perlimpahan (Lymphatic system).  Inilah juga cara serta kaedah penyakit barah payudara menyerang bahagian-bahagian organ lain para penghidapnya.  Proses penjangkitan ini juga dikenali sebagai metastasis.
 
Apakah Yang Menyebabkan Barah Payudara?
Setakat ini, bagaimana barah payudara boleh timbul belum diketahui lagi. Penyelidik-penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa punca utama menyebabkan penyakit barah adalah gandingan faktor keturunan (faktor genetik) dan persekitaran (faktor alam sekeliling).
Apa yang kita tahu hanyalah faktor risiko. Faktor risiko merupakan suatu perkara yang akan menentukan risiko seseorang terhadap sesuatu penyakit. Contohnya, merokok adalah faktor risiko kanser paru-paru atau penyakit lemah jantung.
Risiko seorang individu terhadap sesuatu penyakit tidak mudah ditentukan kerana pengaruh faktor-faktor risiko berbeza. Seorang wanita  seharusnya mengetahui dan memahami apakah faktor-faktor yang akan mempengaruhi risikonya terhadap kanser payudara.
Kami belum lagi dapat memahami mengapa adanya mereka yang mempunyai faktor risiko seperti riwayat keluarga (pertalian keluarga dengan penghidap penyakit barah) dan terdedah kepada risiko pengambilan bahan serta sumber berasaskan tembakau, bebas daripada serangan penyakit ini.
Manakala, mereka yang daripada kumpulan berisiko rendah pula tidak terlepas daripada menghidap penyakit ini. Pertalian adalah kompleks dan mungkin dipengaruhi faktor-faktor lain yang tidak ternyata. Untuk seketika ini misterinya akan terus berpanjangan serta menjadi tanda tanya.

Faktor-Faktor Risiko Kanser Payudara

Penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. 
Keutamaan telah ditumpukan kapada individu yang mempunyai risiko tinggi. Berapa sebab telah pun dikaji dengan teliti. Apakah implikasi mengenalpasti faktor-faktor risiko kanser payudara? 
Faktor-faktor risiko yang sudah diketahui akan membolehkan individu yang berisiko tinggi menerima manafaat daripada kawalan rapi iaitu daripada pemeriksaan rapi klinikal dan pemeriksaan mammografi. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak mempunyai faktor-faktor risiko boleh menghidapi kanser. Jadi, faktor-faktor risiko tidak boleh memberi ramalan yang tepat. 

Pesanan utama
1. Mengetahui faktor risiko akan memutuskan sama ada anda perlu atau tidak pemeriksaan saringan.
2. Sekiranya anda tidak mempunyai faktor-faktor risiko tidak bermakna anda selamat. Ramai wanita yang mengidapi kanser tidak mempunyai riwayat keluarga atau mempunyai faktor-faktor risiko
3. Kanser payudara tidak boleh dicegah dan strategi utama adalah pengesanan awal dan rawatan sebelum kanser itu merebak

Faktor–faktor yang dikenal pasti

Berikut adalah faktor-faktor yang telah dikenal pasti 
Jantina
Kanser payudara adalah khususnya penyakit wanita (95% daripada kes kanser payudara adalah di kalangan kaum wanita) 

Umur
Semakin usia meningkat semakin tinggi risiko. Wanita yang berumur kurang daripada 25 tahun jarang sekali mengidapi kanser payudara.

Perbezaan geografi
Kawasan kediaman memainkan peranan. Kanser payudara lebih didapati di negeri barat jika dibandingkan dengan negara Asia atau Afrika.

Riwayat kanser payudara
Sekiranya anda pernah menghidapi kanser payudara, risiko ianya akan berulang meningkat 4 kali ganda 

Riwayat keluarga dan faktor genetik
Sekiranya seorang wanita mempunyai ibu atau adik beradik perempuan (waris perempuan terdekat) yang pernah menghidapi kanser payudara pada usia yang agak muda, risiko ia akan menghidapi kanser payudara akan meningkat 2 kali ganda dan risiko ini akan meningkat 4 kali ganda sekiranya 2 atau lebih waris terdekat menghidapi kanser payudara. 
Untuk lelaki, risiko meningkat sekiranya, bapa, adik beradik lelaki atau anak lelakinya menghidapi kanser payudara. Saudara mara seorang lelaki yang menghidapi kanser payudara mempunyai risiko tinggi. Ada laporan yang mengatakan 60% lelaki pengidap kanser payudara mempunyai saudara wanita yang menghidapi kanser payudara. Usia mereka ketika menghidapi kanser penting diketahui. 
Hanya 5-10% wanita yang menghidapi kanser payudara mempunyai faktor-faktor genetik. Pada tahun 1990 gen BRCA1 ditemui dan diikuti berapa tahun kemudian dengan gen BRCA2. Sekiranya salah satu gen tersebut didapati, risiko akan meningkat sebanyak 85% 
Gen BRCA1 mempunyai kaitan dengan kanser ovari. Gen ini bukan suatu gen yang berlebihan tetapi merupakan suatu gen yang berubah mengakibat  munculnya kanser payudara. Wanita yang ada gen BRCA1 mempunyai riwayat keluarga di mana beberapa generasi menghidapi kanser pada usia yang muda dan kanser didapati pada kedua-dua payudara. Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang ada gen BRCA1 di mana saudaranya tidak menghidapi kanser  payudara. 
Sindrom Li-Frameni adalah sejenis kanser payudara yang jarang berlaku dan dikaitkan dengan gen p53. Kanser pada pesakit-pesakit ini dikaitkan dengan ketumbuhan tisu lembut, tulang, otak dan kelenjar adrenal. 

Adanya riwayat penyakit payudara
Ini meliputi semua keadaan di mana terdapat sel-sel abnormal. Wanita di mana sel-sel agak abnormal iaitu hiperplasia atypical mempunyai kadar risiko 4 kali ganda menghidapi kanser payudara. Begitu juga dengan penyakit fibrosistik atau penyakit proliferatif.

Riwayat haid
Sekiranya seorang wanita baligh pada usia sebelum 12 tahun atau putus haid selepas 55 tahun, risiko ia menghidapi kanser meningkat 2 atau 3 kali ganda. Ini berkaitan dengan fasa kesuburan dan pendedahan terhadap pengaruh hormon oestrogen. 

Jumlah anak
Seorang wanita yang tidak mempunyai anak atau tidak pernah hamil selepas umurnya 30 tahun mempunyai risiko tinggi menghidapi kanser payudara. Ini mungkin ada kaitan dengan pusingan haid yang tidak terganggu. 

Pendedahan radiasi
Pendedahan radiasi seperti sinar-X semasa usia atau sebelum usia 30 tahun boleh meningkatkan risiko terhadap kanser payudara tetapi pendedahan seperti ini jarang sekali berlaku 
Pendedahan kepada letupan bom atom boleh meningkatkan risiko sebanyak 3 kali ganda. Risiko radiasi diperolehi daripada data pendedahan tinggi seperti mangsa letupan bom atom, pelombong uranium, mangsa pendedahan gas radon, pesakit tuberculosis yang pernah mengalami floroskopi ulangan (satu cara pemeriksaan yang tidak dilakukan lagi) dan pesakit yand didedahkan radiasi untuk rawatan penyakit mastitis dan penyakit Hodgkins. Dos yang didapati merangkumi 250mGy – 20Gy (25 sehingga 2000rads). Dos seperti ini tidak digunakan semasa pemeriksaan diagnostik 

Status socioekonomi
Status socioekonomi tinggi akan meningkatkan risiko kanser payudara. Ini berkaitan dengan usia semasa baligh, usia semasa putus haid, usia ketika hamil anak pertama dan juga pemakanan 

Pemakanan
Pemakanan telah dikatakan mempengaruhi kadar kanser di antara negara-negara. Walaubagaimanapun kajian telah menunjukkan bahawa kaitan antara kadar kanser payu dara dan pemakanan adalah lemah atau tidak secara langsung. Pengambilan minuman beralkohol telah membuktikan peningkatan risiko 1.4 sehingga 2.0 kali ganda. 

Saiz tubuh
Wanita yang gemuk selepas putus haid mempunyai risiko yang meningkat. Ini adalah kerana lemak mengandungi oestrogen dan pada wanita seperti ini paras oestrogen lebih tinggi 

Pil perancang dan terapi hormon gantian (THG)
Pengambilan pil perancang pada jangka masa yang lama dikaitkan dengan peningkatan risiko dalam lingkungan 1.2 kali. Rawatan hormon gantian (THG) dalam bentuk campuran oestrogen dan progestogen sering diberikan. Dos oestrogen yang diberikan adalah rendah dan risiko kanser akan meningkat 1.8 kali hanya selepas penggunaan selama 5 tahun. Selepas 5 tahun risiko meningkat 2.6 kali. 
Keputusan untuk menerima rawatan THG bergantung kepada berapa faktor. Data mengenai manafaat terhadap penyakit kardiovaskular dan penyakit osteoporosis makin menggalakkan.THG juga bermanfaat kepada wanita yang mempunyai gejala gejala putus haid seperti ‘hot flush’ dan perubahan perasaan.  
Kanser payudara yang dikaitkan dengan THG didapati mudah dirawati dan kurang merebak. Ini mungkin kerana wanita-wanita ini lebih sering melakukan mamogram dan kanser dikesan lebih awal. Walaubagaimanapun implikasi risiko dan faedah penggunaan THG perlu dikaji dengan teliti.
Penggunaan THG dipertimbangkan apabila faedah mengambilnya adalah melebihi risikonya. 

Penyusuan
Kajian telah menunjukkan bahawa tidak ada kaitan antara penyusuan dan kanser payudara. Penyusuan tidak memberikan apa perlindungan. Kajian Carolina Breast Center pada tahun 1999 telah menunjukkan bahawa penyusuan merendahkan sedikit risiko terhadap kanser payudara di kalangan wanita yang boleh hamil (child bearing). Kajian ini juga memperingatkan wanita jangan melakukan penyusuan hanya sebagai perlindungan untuk kanser payudara. Penyusuan harus dilakukan kerana manfaat kepada kedua dua ibu dan bayi.

Bagaimana saya tahu saya ada kanser payudara?

Bagi ramai wanita, kanser payudara dikesan sebagai satu ketumbuhan yang tidak sakit. Walaubagaimanapun, terdapat tanda-tanda yang lain yang harus diketahui.  
Untuk mereka yang dikesan pada tahap yang awal sekali, iaitu daripada pemeriksaan mammogram, tiada tanda ataupun simptom payudara. 

Payudara
  • Perubahan saiz dan rupa
  • Lekuk pada kulit
  • Ketulan atau penebalan    

Perhatikan bahawa payudara kanan (disebelah kiri dalam gambar ini ) kelihatan lebih besar daripada yang kiri, mempunyai rupa bentuk yang berbeza dan mengandungi satu ketumbuhan di bahagian atas payudara kanan. Puting kelihatan menurun jika dibanding dengan yang kiri.
 
Puting
  • Puting berdarah  (jarang berlaku)
  • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
  • Puting tertarik ke dalam
  • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
  • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
  • Penyakit Paget di payudara ada kaitan dengan kanser payudara
  • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada eczema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
  • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku  dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda.

Payudara kiri (disebelah kanan gambar ini ) menunjukkan puting tertarik ke dalam jika dibandingkan dengan payudara kanan. Terdapat juga kemerahan kulit ditepi puting kiri.
 
Lengan
  • Ketulan atau bengkak di atau sekitar ketiak
Rasa Sakit
  • Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat.
     
Kelainan Dalam Perkembangan Payudara dan Perubahan Mengikut Usia
Perbincangan mengenai gejala dan tanda-tanda kanser payudara tidak akan lengkap tanpa menyentuh mengenai penyakit-penyakit payudara yang lain yang tidak mudarat. Semasa penyiasatan kanser payudara, penyakit-penyakit tersebut mungkin dijumpai.

Disepanjang hayat, seorang wanita  akan mengalami berbagai perubahan pada payudara. Ini termasuk perubahan semasa haid dan juga timbulnya berapa jenis ketulan yang tidak mudarat. Apabila proses perkembangan dan perubahan ini menjadi berlebihan atau lebih ketara, barulah ianya dikatakan penyakit dan anda akan merasai gejalanya. Apa yang penting ialah kebanyakannya bukanlah kanser. Dianggarkan 80-90% ketulan payudara yang memerlukan biopsi bukanlah disebabkan oleh kanser.

Semasa umur antara 15-25 tahun, ketumbuhan seperti fibroadenoma boleh didapati akibat pengaruh hormon kepada berbagai tisu dalam payudara. Keadaan ini boleh mengkibatkan timbul lebih daripada satu ketumbuhan atau sesuatu ketumbuhan itu boleh mencapai saiz yang besar. Kedua-dua payudara juga boleh membesar lebih daripada normal (hipertropi remaja).

Semasa umur antara 25-40 tahun, terdapat pula pengaruh hormon yang berlebihan sehingga mengakibatkan kesakitan berkala semasa pusingan haid, dan timbul ketulan-ketulan yang mungkin dapat dirasa dengan jelas dan terasing.

Semasa umur antara 35-55 tahun, mungkin akan terjadi sista (cyst), pelebaran saluran susu, perubahan fibrosis di sekitar saluran susu dan juga inflamasi. Sel-sel dalam tisu payudara juga boleh mengalami perubahan sama ada ianya akan bertambah berlipat ganda atau menimbulkan sel-sel yang atipikal atau luar biasa.




Keguguran dapat dirawat dengan corset terapi Premium Beautiful.. cerita dari client (testimoni)…

  Perkongsian hebat! Telah gunakan Premium Beautiful sebagai bantuan rawatan selepas keguguran. Doktor Anne, KL . Mengalami keguguran pada usia kandungan 6 bulan akibat jatuh. Selepas pulang dari hospital, search sendiri kaedah rawatan cepat pulih keguguran salah satunya adalah pemakaian corset, beliau memilih Premium Beautiful atas rekomen rakan yang memakai penuh Premium Beautfiul dalam pantang.


* Perut lega tidak sakit sangat. Beza kalau tanggal dan pakai. Masa keguguran memang lebih sakit, tapi kesan-kesannya masih lagi terasa selama seminggu tu
* Habis ketulan-ketulan darah yang masih terperangkap keluar secara semula jadi, saya rasa sangat selamat.
* Darah kotor ketul-ketul besar saiz separuh tapak tangan pun ada keluar, tapi mula-mula je, lama kelamaan normal.. Pada mulanya memang rasa takut, tapi tak sakit, ianya keluar macam ' gelonsor' licin je turunnya, very natural way.
* Luka dalaman cepat baik
* Darah cepat kering
* Pangkal rahim mengecut dengan begitu cepat.
* Perut gelebeh kembali susut cepat dalam 3 minggu
* Emosi bertambah baik, walaupun masih bersedih.. Bila rasa badan
semakin sihat dan badan semakin berbentuk semula, harapan baru itu timbul secara natural.



Idam paha yang kecil?

 Menginginkan paha yang kecil..? Amalkanlah pemakaian Premium Beautiful dengan aturan yang betul. Lakukanlah penarikkan lemak seharian, ternyata membantu mengecilkan paha secara semulajadi, selamat dan tanpa kesan sampingan.cuba dan lihatlah hasilnya selepas pakai Premium beautiful ok...